LIVE CHATROOM

Bouncing ball ** HAPPY TEACHERS DAY 16 MAY 2013**  


Sabtu, 9 April 2011

MESYUARAT KE-2

JEMPUTAN MESYUARAT KALI KE 2
(GROUP PENANG)


Dijemput semua Alumni SHZA 1984-1988 untuk menghadiri satu sesi perjumpaan di Restoran Nasi Kandar Pelita, Bayan Baru seperti berikut :

                                                              Tarikh   :  9hb. April 2011
                                                              Hari       :  Sabtu
                                                              Masa     :  11:00 malam

AGENDA :
Membincangkan mengenai persiapan 1st. Reunion, kesesuaian tempat reunion, budget & lain-lain hal.

POHON KERJASAMA SEMUA UNTUK HADIR PADA MALAM INI.  SILA WAR-WARKAN MAKLUMAT INI KEPADA RAKAN-RAKAN YANG LAIN. TERIMA KASIH

Selasa, 5 April 2011

AL-FATIHAH

KENANGAN ABADI


Allahyarham Norazman
 Allahyarham Khairul Anwar 
  Allayarham Faisol
  

Ucapan Takziah kepada rakan-rakan yang telah kembali kerahmatullah.
Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh

AL-FATIHAH


PLAN REUNION - 2

 PLAN REUNION KE-2

Cadangan kedua yang telah dicadangkan oleh Group KL




Adnan Bin Hassan
Ikan Bakar & Nasi Lemak
Kampung Teluk Tempoyak
11960 Bayan Lepas, Penang
Tel : 019-413-2572

TUTUP PADA HARI ISNIN

Waktu Operasi : 6.00 ptg – 11.30 mlm

PETA LOKASI




View Larger Map

PLAN REUNION - 1

PLAN REUNION KE-1

Cadangan lokasi pertama di PBA View Point Banglow Air Itam.




Kos Anggaran - RM 1,000.00
Tel : 604-826 4200




Bilik Karaoke yang luas






Bilik Tidur 3 bilik yang selesa




Memandangkan ada pertindihan tarikh dengan Team Sukma pada 22hb, April ~ 25hb, April 2011 ini, pihak kita masih menunggu keputusan daripada pihak management PBA View Point Banglow samaada pihak Team Sukma membatalkan disaat akhir.

PETA LOKASI




View Larger Map

Isnin, 4 April 2011

EJEN INSURAN KITA

Berita baik untuk kita rakan-rakan semua. 
Jika anda nak memperbaharui insurans kenderaan di Pulau Pinang.  
Sila rujuk Ajim..

Jika anda nak memperbaharui daftar insuran perlindungan persendirian di Perak.  
Sila rujuk Zana..


Tak payah buang masa buat benda dibawah ni ;
  • TAK payah nak ambik cuti.
  • TAK payah risau parking.
  • TAK payah pi Bank, Pejabat Post atau ke Pejabat Syarikat Insuran
  • TAK payah nak berasak-asak dijalanraya
  • TAK payah buang masa.
  • TAK payah buang minyak.
  • TAK payah beratoq.

Yang perlu cuma faks geran kereta/motor dan polisi insurans kat sahabat kita.

Lepaih tu halo sahaja. Sure line clear..

Sebarang pertanyaan boleh hubungi terus dengan Sahabat kita Ajim ( KURNIA INSURAN)

Untuk Personal Insuran boleh rujukan dengan Zana (PRUDENTIAL)

Ahad, 3 April 2011

MAP SHZA JLN SCOTLAND




" SHZA - SCOTLAND ROAD IN MEMORY "



" SHZA - SCOTLAND ROAD NOW ARE SMK AL-MASHOOR "



View Larger Map

SEJARAH SHZA
JALAN SCOTLAND

Pada Tahun 1964

Julai 1964, Guru-Guru & Pelajar-Pelajar daripada sekolah sekitar menyertai SHZA.
Diantara Guru-Guru & Pelajar Sekolah adalah seperti berikut
  • Encik Lim Choo Chiang dengan pelajar Sekolah Menengah Westlands,
  • Encik Khoo & Encik Yeoh Gan Hong dengan pelajar Sekolah Menengah Tanjong,
  • Encik Lim Choo Chiang diberi tugas & amanah untuk mendirikan sekolah di sebidang tanah yang dahulunya Ladang Manggis.

Sekolah ini ditubuhkan pada 11hb. Januari 1965 dengan kombinasi beberapa sekolah
disekitar Pulau Pinang berikut ;
1. Sekolah Menengah Lanjutan Westland,
2. Sekolah Menengah Lanjutan Georgetown,
3. Sekolah Menengah Lanjutan Tanjong,
4. Sekolah Menengah Lanjutan Macalister,
5. Sekolah Menengah Lanjutan Jalan Kelawai,
6. Sekolah Menengah Lanjutan Gelugor.

Pada ketika itu sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Jalan Scotland.
Pengetua Pertama SHZA - Encik Lim San Hoe
Blok Pertama (Blok A)
Mulanya SHZA hanya memiliki satu Blok bangunan yang dikenali sebagai Blok-A
Terdapat 12 kelas dan 1 kantin.
Jumlah Pelajar : 726 pelajar (489 lelaki dan 237 perempuan)
Terdapat 20 kelas ; 10 pagi dan 10 petang.

Pada Tahun 1966
Pengetua Kedua SHZA - Encik Chang Yew Chor
2 Blok Bangunan didirikan dengan 12 Ruang Kelas
• Blok Kedua > Blok B – 12 Bilik Kelas
• Blok Ketiga > Blok C – 2 Bilik Lab Sains, 2 Bilik Pertukangan Kayu, Gudang & Tandas

Pada Tahun 1967
Sekolah Haji Zainul Abidin, Jalan Scotland, Pulau Pinang dirasmikan oleh
Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Wong Pow Nee pada hari Jumaat 10 November 1967
• Mulanya Gerakan Pengakap ditubuhkan dengan kumpulan yang kecil terdiri dari 15 orang pelajar.
• Gerakan Pengakap ini dibimbing oleh guru pelatih sekitar tahun itu.

Pada Tahun 1968
Pengetua Ketiga SHZA Encik Tang Gooi Fook
Jumlah Pelajar SHZA - 1,451
SHZA gemilang dengan acara tahunan & kokurikulum.
• Banyak mengambil bahagian sukan yang dianjurkan oleh MSSPP,
• Pasukan Pandu Puteri turut diperkenalkan & didaftarkan ke Pasukan St. John Ambulans ke-9


Pada Tahun 1969
Pengetua Keempat SHZA Encik Khoo Teng Chye
• Jumlah Pelajar - 1,547
• Jumlah Guru – 60
SHZA gemilang dengan acara sukan
• Banyak mengambil bahagian sukan yang dianjurkan oleh MSSPP,
• Menambah 4 ruang kelas
• 2 ruang Bilik Ilmu di Blok C

Pada Tahun 1970
• SHZA mengadakan Sukan Perdananya di lapangan La-Salleh (Antara 1971 dan 1979, )
• SHZA terus mencapai kemajuan & kegemilangan.
• Mereka adalah Encik Khoo Teng Chye (1969-1978) dan Encik Kang Kee Heng (1979).

Pada Tahun 1972
Pada 1hb. Mac 1972 merupakan detik bersejarah bagi SHZA Jalan Scotland.
• Nama Lama : Sekolah Menengah Jalan Scotland
• Nama Baru : Sekolah Haji Zainul Abidin
Pengiktirafan ini sebagai penghormatan kepada Allahyarham Tuan Haji Zainal Abidin
(Guru Besar Sekitar Tahun 1980~1986) bekas pendidik terkenal di Pulau Pinang.
Bermula dari saat itulah Sekolah Haji Zainul Abidin digunakan hingga ke hari ini.



Pada Tahun 1980
Pengetua Kelima SHZA Encik Goh Hock Aun
Diantara tahun 1981 ~ 1982 : Memperkenalkan beberapa kemudahan untuk sekolah
• Menyediakan Perpustakaan,
• Bilik Tayangan Video,
• Ruangan Pertemuan Yang Selesa & Berhawa Dingin,
• Bilik Kakitangan Yang Besar & Tempat Meletak Basikal Bagi Para Pelajar.
Pada Tahun 1985 - 4 kelas telah diwujudkan bagi pelajar yang lulus peperiksaan SRP.
SHZA berjaya menerbitkan majalah sekolah yang pertama bagi memperingati ulang tahun ke-21.

Pada Tahun 1997
Sekolah Haji Zainul Abidin sekali lagi ditukarkan ke Jalan Hamilton.
SHZA Jalan Scotland diserahkan kepada SMKA (L) Al-Mashoor bagi menampung kekurangan
asrama lelaki & permintaan pelajar ketika itu.

SMKA (L) Al-Mashoor terus berkembang dengan jumlah pelajar yang semakin bertambah dari setahun ke setahun. Bilangan bilik darjah yang terhad tidak mampu menampung permintaan yang tinggi. Akhirnya pada tahun 1997, SMKA (L) AL-Mashoor telah mendapat bangunan baru yang dahulunya merupakan Sek. Men. Keb. Haji Zainul Abidin. Bangunan lama dijadikan asrama dan mampu memuatkan sehingga 400 orang penghuni. Kawasan sekolah baru yang lebih luas ini mempunyai 4 blok bangunan sekolah (3 blok bangunan dua tingkat dan 1 blok bangunan tiga tingkat), kantin/dewan makan dan sebuah rumah dua tingkat yang dijadikan makmal Bahasa Arab dan surau wanita. Bangunan sekolah pula menempatkan pejabat, bilik guru, bilik gerakan, 4 pusat sumber, 2 bilik tayangan, 6 makmal sains, 4 bengkel Kemahiran Hidup, 23 bilik darjah dan lain-lain.

Sejak itu SHZA Jalan Scotland lenyap dari sejarah Pulau Pinang..
Kini anda dapat melihat kesinambungan SMKHZA Jalan Hamilton di laman Facebook & Blog di internet.