LIVE CHATROOM

Bouncing ball ** HAPPY TEACHERS DAY 16 MAY 2013**  


Jumaat, 6 Mei 2011

Pokok Stevia @ Pokok Gula

Benih Stevia:




Stevia merupakan genus yang terdiri daripada 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Di Malaysia ia juga digelar sebagai Pokok Gula kerana dipercayai dapat mengurangkan kencing manis. Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis ialah stevia dari Spesis Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb.

Ia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Untuk menanamnya, medium yang digunakan ialah dari jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram.Tumbuhan ini memerlukan air yang mencukupi dan perlu disiram 2 kali sehari dalam cuaca panas. Ia akan cepat kering dan mati jika kekurangan air. Daunnya berbentuk bujur. Batangnya halus dan bergerutu. Dalam keadaan optimun stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil berwara putih. Bentuk bunganya menyerupai bunga-bunga aster yang lain, cuma saiznya kecil. Bunga ini akan menghasilkan biji benih apabila matang. Pembiakan selalunya menggunakan keratan batang. Keratan batangnya mudah mengeluarkan akar. Walaupun ia boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga ia jarang dibiakkan dengan menggunakan biji benih.

Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic, menjadikan ia semakin digemari orang ramai terutamanya untuk yang ingin menghadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetes. Selain itu, stevia juga didapati boleh merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik dan obesiti.

Stevia telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat di Brazil dan Paraguay sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Ia mula digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun yang silam. Ia digunakan terutamanya untuk memaniskan teh herba mereka. Selain daripada itu ia juga digunakan untuk memaniskan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar terutamanya untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.

Kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak itu ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah dibawa ke Asia. Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada awal kurun ke 19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat.
Ciri paling unik mengenai Stevia
ialah ia merupakan pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori. Di percayai secara tradisional, stevia mengandungi sifar kalori, lemak, kolestrol, gula dan karbohidrat. Ekstrak stevia dikatakan 300 kali lebih manis dari gula biasa. Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia. Kajian terhadap kandungan toksidnya, mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu Steviosid tidak toksid. Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel, ia juga tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan. Walaubagaimanapun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan yang dikaitkan dengan Stevia. Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan.

Kajian saintis Brazil pada tahun 1991 mendapati Steviosid berkeupayaan untuk menurunkan tekanan darah pada tikus. Daripada penemuan ini, satu lagi ujian dilakukan pada tahun 2000. Kali ini subjeknya merupakan 106 orang berbangsa Cina (lelaki dan perempuan) yang mengalami penyakit darah tinggi. 60 subjek diberikan kapsul yang mengandungi 250mg steviosid 3 kali sehari. Pemeriksaan terhadap subjek dilakukan sebulan sekali selama satu tahun. Selepas 3 bulan , tekanan darah sistolik dan diastolik telah menurun dengan ketara dan kesannya berkekalan sepanjang tahun. Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan altenatif atau suplemen untuk pesakit darah tinggi. Satu kumpulan saintis lagi melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid yang terdapat dalam stevia. Mereka juga mengkaji kesan terhadap pengeluaran glukos terhadap glikosid, steviol, isosteviol dan glukosilsteviol. steviol didapati tidak menghasilkan glukos. Pada tahun 2000 juga, para pengkaji di Denmark telah menjalankan satu kajian yang menunjukkan tindakan hipoglisemik in vitro yang dilakukan oleh steviosid dan steviol adalah hasil daripada keupayaan kedua-duanya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta. Mereka merumuskan hasil kajian mendapati sebatian ini mungkin mempunyai potensi untuk menjadi agen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes mellitus jenis 2.

Selasa, 3 Mei 2011

JADIKAN SPARKLE PADA GERAKAN TETIKUIH

Tutorial ini akan menunjukkan bagaimana untuk jadikan cursor anda menghasilkan
'bintang²' yang berkerlipan. Ada pelbagai warna yang telah diletakkan untuk memudahkan
pemilik anda sesuaikan dengan warna thema masing². Kata lain yang mungkin sesuai ialah
untuk menjadikan cursor anda sparkle.(tak tahu istilah betul apa untuk effect ini.:)

Kalau masih tak paham² macamana nak buat, tengok contoh  di bawah.






Tutorial untuk buat cursor sparkle seperti berikut:

1. Dari dashboard > design > add a gadget > HTML/javascript

2. Pada ruangan HTML/javascript, masukkan kod berikut.

<script src="URL JS" type="text/javascript"></script>
Catatan: untuk URL JS, tukarkan dengan kod berikut mengikut warna sprakle yang

anda kehendaki

Biru - https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/biru.js

Hitam - https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/black.js

hijau - https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/lawngreen.js

Ungu - https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/purple.js

Putih - https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/putih.js

Pink - https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/salmon.js

Kuning - https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/yellow.js

Hijau kebiruan - https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/aqua.js

Contoh: jika anda mahu mouse anda dengan sparkle warna biru, kodnya adalah:
<script src="https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/biru.js" type="text/javascript"></script>

3. Apabila sudah masukkan kod, save dan lihat hasilnya..

Senang bukan.? Selamat Mencuba

TUKAR CURSOR BARU

Cara Menukar Cursor Standard
Jika anda hendak menukar cursor icon standard kepada yang custom, 
Sila rujuk kepada icon sample dibawah

Tutorial kali ini ialah untuk berkongsi dengan kengkawan & memudahkan anda mendapatkan 
kod bagi cursor ini serta sedikit pengubahsuaian pada kod tersebut.

1. Buka website http://www.cursors-4u.com/

2. Pilih cursor kegemaran anda. (Pastikan anda TIDAK mengambil cursor yang jenis animated, 
kerana ianya hanya berfungsi dalam IE)

3. Copy code yang diberikan. Contoh kod adalah seperti berikut. Kemudian DELETE kod yang

<style type="text/css">body, a, a:hover {cursor: url(http://cur.cursors-4u.net/cursors/cur-2/cur116.cur), progress;}</style><a href="http://www.cursors-4u.com/cursor/2008/12/17/cool-blue-outer-glow-pointer.html" target="_blank" title="Cool Blue Outer Glow Pointer"><img src="http://cursors-4u.com/support.gif" border="0" alt="Cool Blue Outer Glow Pointer" style="position:absolute; top: 0px; right: 0px;" /></a>

<style type="text/css">body, a, a:hover {cursor: url(http://cur.cursors-4u.net/cursors/cur-2/cur116.cur), progress;}</style> 

telah diwarnakan seperti dibawah

4. Kod akhir sepatutnya kelihatan seperti ini sahaja.

5. Kemudian dari dashboard anda > design > add a gadget > HTML/javascript, pastekan kod 
di atas diruangan tersebut.

6. Save dan lihat hasilnya.

Mudahkan.. Selamat Mencuba

Isnin, 2 Mei 2011

MENCEGAH VIRUS


Setiap kali anda pasti berkoneksi dengan internet jalur lebar baik dari dalam negeri mahupun luar negeri. Ini memungkinkan anda mudah  terinfeksi oleh ancaman virus.
Pekara yang paling terjadi adalah ketika anda sering memuat turun data dari web2 yang tidak dikenali ke PC anda.  Lebih-lebih lagi anda juga mudah mendapatkan virus maelalui lampiran email atau dengan menyalin file dari satu tempat ke satu tempat, seperti CD atau flash disk.

Bagaimana hendak memastikan PC anda tidak terkena serangan virus? 

Caranya ialah jangan  masukkan flash disk dan jangan koneksi ke internet.
Tetapi ini sangat sukar & mustahil bagi anda kerana anda selalu merayau hingga ke luar negara..

APA ITU MHz

Apa itu MHz? 

MHz adalah bentuk singkatan dari kata megahertz. 
Sangat penting untuk memahami makna hertz untuk memahami MHz. 
Istilah hertz ini adalah diambil dari nama Heinrich Rudolf Hertz, yang memberikan kontribusi signifikan untuk mempelajari elektromagnetisme. Unit dalam International System of Units harus selalu dikapitalisasi jika itu merujuk pada nama setelah seseorang. Ketika disebutkan penuh, kata tidak boleh dikapitalisasi. 
Itulah mengapa singkatan Hz atau MHz jika ditulis penuh menjadi hertz atau megahertz.

BELAJAR HTML

Belajar Cara Penggunaan Marquee
Marquee adalah teks berjalan dari kiri kekanan atau sebaliknya ianya juga boleh ke atas atau ke bawah atau sebaliknya. Untuk membuat teks berjalan ini digunakan perintah Untuk menyisipkan teks berjalan ini, maka teks dimasukkan diantara tag dan . Secara default, gerakan teks adalah bergerak dari kanan ke kiri, tetapi jika anda hendak, anda boleh mengubahnya menjadi bervariasi. Dengan mengubah perintah Atribut jenis gerakan akan berubah. Anda dapat menggunakan “alternate” (sisi ke sisi jendela, seolah-olah memantul di kedua ujung), “scroll” (dari satu sisi ke sisi lain, terus menerus) atau “slide” (dari satu sisi ke sisi yang lain, tapi hanya sekali). 
Anda juga dapat tambah warna latar belakang dari atribut bgcolor.
Sebagai contoh :
inilah teks yang hang buat tadi.. ooo berjalan nohh
Anda kena buat macam ni :
<marquee bgcolor=”#006699″ behavior=”alternate” direction=”right”>
<b><font color=”#FFFFCC” size=”4″>inilah teks yang hang buat tadi.. ooo berjalan nohh</font></b>
</marquee>

Ahad, 1 Mei 2011

HARI PEKERJA 1-MEI-2011

Salam Friends.. 
Di kesempatan ni aku nak ucapkan Selamat Hari Pekerja buat semua insan yang bergelar pekerja. 


SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 01.05.2011
SELAMAT BERISTIREHAT BERSAMA KELUARGA