LIVE CHATROOM

Bouncing ball ** HAPPY TEACHERS DAY 16 MAY 2013**  


Jumaat, 17 Jun 2011

FATHER DAY

Buat rakan-rakan berstatus BAPA
" Selamat Hari Bapa "


Semoga menjalankan Amanah & Kewajipan sewajarnya.. 
Moga Tuhan memberi kita rahmat & sihat sentiasa sepanjang hayat & dipanjangkan umur. 

Secara ringkasnya peranan seorang bapa adalah:

1. Bapa adalah ketua keluarga, pelindung isteri dan anak-anak. Sebagai pelindung keluaiga dan ketua unit masyarakat yang paling kecil ini;

2. Seorang bapa berkewajipan mengawal, membimbing, menyelaras kelurga, berusaha mencari keperluan hidup keluarga dan berusaha menyediakan kebahagiaan dan keselamatan keluarganya;

3. Bapa wajib menyediakan tempat kediaman, pakaian, makan minum keluarga & mengajar anak isterinya dengan hukum-hukum agama; dan

4. Pentadbiran seorang bapa  di dalam rumahtangga hendaklah berdasarkan sifat rahmah iatu kasihan belas, baik, adil, berakhlak dan contoh yang baik kerana dia bertanggungjawab terhadap keluarganya.

Secara keseluruhannya peningkatan nilai murni di dalam kehidupan isteri dan anak-anak bergantung kepada kualiti seorang suami atau bapa. Selamat menyambut hari bapa kepada rakan-rakan semua, mungkin boleh ‘relook’ amanah dan tanggungjawab yang telah di berikan kepada kita semua dalam berumahtangga, mana tau kot-kot ada yang terlepas pandang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan