LIVE CHATROOM

Bouncing ball ** HAPPY TEACHERS DAY 16 MAY 2013**  


Khamis, 25 Ogos 2011

TIP KESELAMATAN - CUTI RAYA

1. Jangan lupa kunci pintu rumah & tingkap anda.
2. Jika anda berpindah ke rumah yang pernah diduduki, tukar kunci asal.
3. Bila anda tiada di rumah, pasangkan lampu, tv atau radio. Gunakan suis automatik untuk aktifkannnya.
4. Tutup tirai terutama pada malam hari.
5. Lapor kepada polis jika ada perkara yang mencurigakan di sekitar perumahan anda.
6. Pasangkan lampu keselamatan di laman rumah.
7. Pasangkan alarm sistem.
8. Tukarkan kunci, jika anda kehilangan anak kunci.
9. Jangan tinggalkan kunci pendua di luar rumah.
10. Jangan tinggalkan nota semasa anda tidak ada dirumah.
11. Maklumkan pada jiran ketika ketiadaan anda di rumah.

IT'S NOT TOO LATE

Meskipun tinggal 5 hari saja lagi kita bakal meninggalkan Ramadhan. Masih sempat untuk saya mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak & Selamat Berpuasa buat rakan-rakan semua.  Tak lama lagi Syawal akan menjelma.. Saya doakan semoga kita semua dapat ditemukan Ramadhan pada tahun depan...Insyaallah. 

Di sebalik keseronokan menyambut hari raya nanti, jangan lupa jaga kesihatan anda dan orang-orang tersayang okay. Semoga kita berserderhana semasa beraya nanti sesuai dengan ibadah kita.
Kepada rakan-rakan yang nak beraya dikampong, jangan lupa ? Pastikan anda tidak mengantok semasa memandu. Makan ketupat lemang.. ala kadar aje la..

" BERHATI-HATI DIJALAN RAYA, INGATLAH ORANG  YANG TERSAYANG"
" Jangan Biarkan Keluarga Anda Menanti Dalam Tangisan "



Jumaat, 17 Jun 2011

FATHER DAY

Buat rakan-rakan berstatus BAPA
" Selamat Hari Bapa "


Semoga menjalankan Amanah & Kewajipan sewajarnya.. 
Moga Tuhan memberi kita rahmat & sihat sentiasa sepanjang hayat & dipanjangkan umur. 

Secara ringkasnya peranan seorang bapa adalah:

1. Bapa adalah ketua keluarga, pelindung isteri dan anak-anak. Sebagai pelindung keluaiga dan ketua unit masyarakat yang paling kecil ini;

2. Seorang bapa berkewajipan mengawal, membimbing, menyelaras kelurga, berusaha mencari keperluan hidup keluarga dan berusaha menyediakan kebahagiaan dan keselamatan keluarganya;

3. Bapa wajib menyediakan tempat kediaman, pakaian, makan minum keluarga & mengajar anak isterinya dengan hukum-hukum agama; dan

4. Pentadbiran seorang bapa  di dalam rumahtangga hendaklah berdasarkan sifat rahmah iatu kasihan belas, baik, adil, berakhlak dan contoh yang baik kerana dia bertanggungjawab terhadap keluarganya.

Secara keseluruhannya peningkatan nilai murni di dalam kehidupan isteri dan anak-anak bergantung kepada kualiti seorang suami atau bapa. Selamat menyambut hari bapa kepada rakan-rakan semua, mungkin boleh ‘relook’ amanah dan tanggungjawab yang telah di berikan kepada kita semua dalam berumahtangga, mana tau kot-kot ada yang terlepas pandang...

Khamis, 16 Jun 2011

JOM MKN DURIAN D' BALIK PULAU 14/5 ~ 30/6


PESTA MAKAN DURIAN

Tarikh : 14 Mei-30 Jun 2011
Waktu: 11pg - 6ptg (Setiap Hari)
Tempat : Anjung Indah, Balik Pulau

Mai makan durian d Balik Pulau & alami pengalaman menarik disini.
Disini anda boleh memlilih pelbagai jenis raja durian di Anjung Indah, Balik Pulau.

Terdapat juga cabutan bertuah !!! Mai Makan Makan Maii





Mamma mia, here I go again
My my, how can I resist you?
Mamma mia, does it show again?
My my, just how much I’ve missed you

(Yes, we are talking about durians here..hehe)

Anjuran :  Jabatan Perlancongan  & Kebudayaaan  Pulau Pinang
Hotline: +6016 411 0000
Tel: +604 650 5136 / +604 261 9012

Sabtu, 14 Mei 2011

SELAMAT HARI GURU



The mediocre Teacher tell,
The goods Teacher explains,
The superior Teacher demonstrates,
The great Teacher inspires


Thank You so much for all teachers & we wish u 'Happy Teacher Day - 16.05.2011

Kepada guru-guru yang bersusah payah mengajar untuk kami dan mendidik kami tidak pernah kami lupakan ... Terima kasih atas segalanya.. Jasamu tetap dikenang


Jumaat, 6 Mei 2011

Pokok Stevia @ Pokok Gula

Benih Stevia:




Stevia merupakan genus yang terdiri daripada 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Di Malaysia ia juga digelar sebagai Pokok Gula kerana dipercayai dapat mengurangkan kencing manis. Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis ialah stevia dari Spesis Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb.

Ia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Untuk menanamnya, medium yang digunakan ialah dari jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram.Tumbuhan ini memerlukan air yang mencukupi dan perlu disiram 2 kali sehari dalam cuaca panas. Ia akan cepat kering dan mati jika kekurangan air. Daunnya berbentuk bujur. Batangnya halus dan bergerutu. Dalam keadaan optimun stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil berwara putih. Bentuk bunganya menyerupai bunga-bunga aster yang lain, cuma saiznya kecil. Bunga ini akan menghasilkan biji benih apabila matang. Pembiakan selalunya menggunakan keratan batang. Keratan batangnya mudah mengeluarkan akar. Walaupun ia boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga ia jarang dibiakkan dengan menggunakan biji benih.

Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic, menjadikan ia semakin digemari orang ramai terutamanya untuk yang ingin menghadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetes. Selain itu, stevia juga didapati boleh merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik dan obesiti.

Stevia telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat di Brazil dan Paraguay sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Ia mula digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun yang silam. Ia digunakan terutamanya untuk memaniskan teh herba mereka. Selain daripada itu ia juga digunakan untuk memaniskan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar terutamanya untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.

Kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak itu ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah dibawa ke Asia. Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada awal kurun ke 19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat.
Ciri paling unik mengenai Stevia
ialah ia merupakan pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori. Di percayai secara tradisional, stevia mengandungi sifar kalori, lemak, kolestrol, gula dan karbohidrat. Ekstrak stevia dikatakan 300 kali lebih manis dari gula biasa. Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia. Kajian terhadap kandungan toksidnya, mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu Steviosid tidak toksid. Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel, ia juga tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan. Walaubagaimanapun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan yang dikaitkan dengan Stevia. Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan.

Kajian saintis Brazil pada tahun 1991 mendapati Steviosid berkeupayaan untuk menurunkan tekanan darah pada tikus. Daripada penemuan ini, satu lagi ujian dilakukan pada tahun 2000. Kali ini subjeknya merupakan 106 orang berbangsa Cina (lelaki dan perempuan) yang mengalami penyakit darah tinggi. 60 subjek diberikan kapsul yang mengandungi 250mg steviosid 3 kali sehari. Pemeriksaan terhadap subjek dilakukan sebulan sekali selama satu tahun. Selepas 3 bulan , tekanan darah sistolik dan diastolik telah menurun dengan ketara dan kesannya berkekalan sepanjang tahun. Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan altenatif atau suplemen untuk pesakit darah tinggi. Satu kumpulan saintis lagi melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid yang terdapat dalam stevia. Mereka juga mengkaji kesan terhadap pengeluaran glukos terhadap glikosid, steviol, isosteviol dan glukosilsteviol. steviol didapati tidak menghasilkan glukos. Pada tahun 2000 juga, para pengkaji di Denmark telah menjalankan satu kajian yang menunjukkan tindakan hipoglisemik in vitro yang dilakukan oleh steviosid dan steviol adalah hasil daripada keupayaan kedua-duanya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta. Mereka merumuskan hasil kajian mendapati sebatian ini mungkin mempunyai potensi untuk menjadi agen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes mellitus jenis 2.